Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, PPV pandu lalu itu akan beroperasi di Lembah Klang dengan kerjasama pihak swasta melalui Ahli Dewan negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat kira-kira 577,000 OKU yang berdaftar di bawah JKM setakat ini, dan daripada jumlah tersebut seramai 195,395 orang telah mendaftar untuk pemvaksinan menerusi MySejahtera.
Menurut Rina lagi, JKM telah menyerahkan seramai 446,000 nama dan butiran asas OKU menerusi Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) kepada pihak berkaitan untuk memastikan kumpulan sasaran tersebut tidak tercicir daripada mendapatkan vaksin.
Difahamkan, PPV di Kompleks Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) berupaya untuk membekalkan sehingga 200 vaksin setiap hari dengan penglibatan 20 sukarelawan JKM bagi membantu paramedik dan doktor yang bertugas.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan fasa kedua menyasarkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan OKU dalam tempoh April hingga Ogos depan.
Sumber: Bernama