Prasarana akur laporan kemalangan LRT

oleh HEZERI SAMSURI|
Prasarana Malaysia Berhad menerima secara terbuka keputusan laporan insiden LRT Laluan Kelana Jaya yang membabitkan dua buah tren LRT pada 24 Mei lalu.

Menurut Jawatankuasa Siasatan Insiden Perlanggaran LRT Kelana Jaya yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia , antara punca kemalangan ialah masalah teknikal, kegagalan komunikasi antara Pusat Kawalan Operasi (OCC) dengan pemandu (Hostler) Tren 40 tanpa penumpang yang ketika itu sedang berada dalam pengendalian "time out" dan pelepasan Tren 81 sehingga berlakunya perlanggaran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan berhubung insiden tersebut yang telah dibentangkan kepada Kabinet oleh Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong pada 9 Jun lalu turut menyenaraikan 23 cadangan untuk penambahbaikan sistem LRT.

Kementerian Pengangkutan akan melakukan audit untuk memantau penambahbaikan secara berkala itu.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datin Norlia Noah (gambar bawah) menerangkan liputan komunikasi yang tidak begitu jelas dan kelewatan perkhidmatan telah memberikan tekanan tinggi kepada mereka untuk menggerakkan tren yang dipandu secara manual dan secara tidak langsung menjadi punca SOP tidak dipatuhi sepenuhnya.

 

 

Langkah-langkah segera yang telah diambil dan telah berkuatkuasa sejak 30 Mei lalu termasuklah:

1. Menetapkan keperluan dua Hostler bagi segala pemanduan tren manual untuk jajaran di bawah terowong untuk LRT Laluan Kelana Jaya antara stesen Pasar Seni dan Damai.

2. OCC dan Hostler diwajibkan memastikan arah pergerakan tren yang dipandu adalah betul, tanpa sebarang kesangsian dan rasa ragu-ragu.

3. Membuat tambahan zon perlindungan atau ‘Manual Route Reservation (Automatic Train Protection) Buffer Zone’ kepada tren-tren yang terputus hubungan bagi memastikan tren berhenti pada jarak yang lebih jauh.

4. Pergerakan tren-tren secara manual dihadkan dengan kelajuan maksima pada hanya 20 km sejam.

5. Buletin Keselamatan telah dikeluarkan secara kerap dan berkala beserta penerangan semula tentang aspek keselamatan dan SOP kepada semua tenaga kerja Prasarana.

6. Mempergiatkan latihan tindakan kecemasan mini atau ‘Mini ERP Exercise’ untuk dijalankan pada setiap Ahad malam dengan penekanan kepada senario ‘menyelamat tren yang terputus komunikasi dan pemanduan tren manual’ bagi memantapkan lagi keupayaan staf dan sistem yang digunakan terutama yang melibatkan kawasan yang sukar diakses seperti terowong bawah tanah dan jejambat (‘viaduct’).

 

 

Sehinga hari ini, dua orang penumpang yang cedera akibat insiden itu masih dirawat di wad biasa di Hospital Kuala Lumpur sementara selainnya telah dibenarkan untuk pulang.

Prasarana menydiakan bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan, rawatan susulan dan perbelanjaan lain yang berkaitan. Sebelum itu, ia telah memberikan wang ihsan segera kepada semua penumpang terbabit.

Perkhidmatan kaunseling turut diberikan oleh Prasarana, dibantu oleh Lembaga Kounselor Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Temujanji untuk perkhidmatan ini boleh dibuat menerusi Talian Krisis (014 737 1330 dan e-mel [email protected]) dan akan disediakan selama mana ia diperlukan. 

Sehingga hari ini, seramai 73 orang telah tampil untuk menerima bantuan segera wang ihsan.
 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…