Prasarana perkenal Pas Keluarga Malaysia - perjalanan sehari tanpa had, harga RM15

oleh Mohamad Hanif|
Prasarana Malaysia Berhad hari ini melancarkan Pas 'Keluarga Malaysia' sebagai satu inisiatif bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan rakyat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mula dijual pada 1 Disember ini, pas perjalanan ini membolehkan setiap keluarga warganegara Malaysia (empat orang) untuk menikmati perjalanan tanpa had selama satu hari dengan bayaran RM15 bagi perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, serta Bas Rapid Transit (BRT) pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Ia juga diharap dapat menggalakkan lagi pelancongan domestik, selain membantu menaikkan semula ekonomi peniaga kecil di sekitar pusat bandar, selaras dengan inisiatif 'Rapid KL Supports #KeluargaMalaysia'.

Kumpulan Prasarana menerusi Divisyen Komunikasi Strategik dan Pemasaran akan menggunakan platform media sosial kendaliannya untuk mempromosikan produk peniaga berasaskan makanan di sepanjang laluan pengangkutan kendalian Rapid KL, termasuk hab-hab bas.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, serta dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Ir Dr Wee Ka Siong; Menter Kewangan, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Sri Dr. Shahidan Kassim; dan Pengerusi Prasarana, Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Prasarana