Prasarana terima 19 tren LRT baharu empat gerabak

oleh SALINA JALIL|
gambar dari nstp
Prasarana Malaysia Bhd akan menerima 19 tren baharu yang memiliki empat gerabak bagi kegunaan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya secara berperingkat sehingga Disember 2024.


Tren baharu itu adalah di bawah projek Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur (KLAV 27) bernilai RM1.72 bilion yang dilaksanakan pada 2017.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata melalui KLAV 27, kerajaan melalui PRASARANA telah menganugerahkan kontrak pembekalan kepada Hartasuma Sdn Bhd.

 

Beliau berkata, Hartasuma telah menyerahkan lapan tren baharu empat gerabak pada tahun lalu dan bakinya dijadual akan diserahkan bermula Julai 2023 sehingga Disember 2024.

 

Katanya, penambahan tren baharu itu dijangka mampu memendekkan masa menunggu terutama pada waktu puncak.

 

Projek KLAV 27 itu juga, katanya turut meningkatkan pembabitan tempatan sebanyak 45 peratus daripada keseluruhan projek.

 

"Hartasuma adalah syarikat tempatan yang telah membuktikan kejayaan memasang gerabak kereta api sejak bertahun-tahun lalu.

 

"Mereka telah meningkatkan kepakaran tempatan dan projek ini 45 peratus adalah daripada kepakaran dan sumber tempatan. Ini satu kejayaan kepada negara dalam memperkasakan ekosistem rel nasional dan saya mengharapkan sumbangan tempatan akan terus meningkat tidak lama lagi.

 

"Ia akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam industri rel," katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kilang Hartasuma di Pulau Indah, dekat sini, hari ini.

 

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Hartasuma, Tan Sri Ravindran Menon, berkata kumpulan ketika ini bekerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Kenderaan Rel Nasional (NRCOE), sebuah unit di bawah Kementerian Pengangkutan, untuk menjadi vendor Tahap 1 yang layak untuk memasang dan baik pulih 'bogie' tempatan di bawah Program Pembangunan Industri Kenderaan Rel (RIDP).

 

Beliau berkata, inisiatif seperti itu dapat meningkatkan keupayaan Malaysia dari segi teknikal dan juga membantu mengurangkan aliran keluar modal, selain meningkatkan penyertaan tempatan dalam projek kumpulan yang akan datang.

 

"Jenis pemindahan teknologi ini juga membolehkan kami meneroka peluang lain seperti sistem kereta kabel. Teknologi ini mesra alam, mampan dan pintar dari segi ekonomi.

 

"Ia akan dijadikan sebagai penanda peralihan kami daripada hasil berasaskan kontrak kepada konsesi," katanya.

 

Ravindran berkata, Hartasuma juga semakin berkembang secara progresif dalam memperkasakan modal insan untuk industri rel, dengan berkembang untuk menjadi sebuah kilang pengajar yang membangun dan memupuk bakat tempatan dalam pelbagai bidang kepakaran industri rel.

 

"Kami telah bekerjasama dengan institusi akademik seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), selain akan menjadi sebahagian daripada ekosistem yang menghasilkan tenaga kerja mahir," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin…
Informasi
  Menurut Rapid KL, laluan LRT3 yang menghubungkan Johan Setia di Klang dengan Bandar Utama akan…
Berita Domestik
Tren yang sepanjang 43 gerabak itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Ipoh tetapi ia tidak…