Prasarana tingkat kekerapan bas, tren mulai 1 April

oleh Mohamad Hanif|
Prasarana Malaysia Berhad akan membuat pelarasan semula terhadap jadual kekerapan perkhidmatan bas dan tren kendaliannya di Lembah Klang bermula 1 April ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelaksanaan langkah tersebut adalah selaras dengan peralihan ke arah Fasa Endemik dan pembukaan semula sempadan negara, selain memastikan perkhidmatan yang selesa, selamat dan lancar untuk para penggunanya.

Untuk perkhidmatan tren, pelarasan kekerapan tersebut akan dibuat berdasarkan kesesuaian masa, hari dan kawasan yang tertakluk di dalam zon pusat bandar (Central Business District, CBD).

Jadual kekerapan perkhidmatan tren adalah seperti berikut:
 

Rapid


Perkhidmatan BRT Laluan Sunway juga akan diselaraskan selari dengan perkhidmatan rel Rapid KL. Jaduah kekerapan boleh dirujuk di bawah:
 

BRT


Untuk perkhidmatan bas, sebanyak 50 unit bas akan ditambah ke dalam jadual operasi harian bas Rapid KL bagi memendekkan waktu menunggu.

Dalam masa yang sama, Prasarana turut menasihatkan pengguna untuk memuat turun aplikasi PULSE bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan perkhidmatan Rapid KL, atau mendapatkan kemas kini menerusi saluran media sosial Rapid KL di Facebook dan Twitter.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…
Berita Domestik
Antaranya ialah: • RM96 juta untuk Dana Sokongan Bas Henti-henti sebanyak RM96 juta untuk laluan…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…