Perkara itu diumumkan oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sekiranya parti itu berjaya mengekalkan pentadbiran pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Kemudahan pinjaman motosikal tersebut akan diberikan kepada individu yang bekerja dengan pendapatan maksimum RM4,000/bulan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di enam negeri (Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang) diadakan serentak pada 12 Ogos, selepas hari penamaan pada 29 Julai dan hari pengundian awal (8 Ogos).
Sumber: Sinar Harian