Selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di Malaysia dan Thailand, pelantikan tersebut dijangka akan meningkatkan jualan kenderaan elektrik berinovasi serba baru jenama smart.
Lima pengedar yang dilantik itu ialah Smart Mobility Sdn. Bhd. (Smart Mobility), GB Auto Sdn. Bhd. (GB Auto), Eleganz Lifestyle Sdn. Bhd. (Eleganz Lifestyle), Lee Motors (Alor Star) Sdn. Bhd. (Lee Motors), dan Sigma Energy EV Sdn. Bhd. (Sigma Energy EV).

Setiap pengedar akan membantu meningkatkan imej jenama smart melalui pengalaman luas dan mempunyai reputasi cemerlang dalam memenuhi keperluan para pembeli jenama automotif mewah.
Selaras dengan pelan pelancaran produk smart di Malaysia, strategi pelantikan awal para pengedar smart bergantung kepada lokasi strategik mereka yang berada di beberapa bandar dan lokasi utama di seluruh Semenanjung Malaysia.
Smart Mobility akan menyasarkan kepelbagaian spektrum pelanggan di Bangsar, Kuala Lumpur. Sementara itu, kedudukan strategik GB Auto di sepanjang jalur automotif Ipoh, Perak bersama beberapa jenama berprestij yang lain.

Tiga rakan kongsi tambahan yang lain, Eleganz Lifestyle, pengedar kereta 4S terkenal, Lee Motors dan Sigma Energy EV yang masing-masing akan memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan jenama smart di Pulau Pinang, Kedah dan Melaka.
Sehingga kini, tujuh pengedar telah dilantik bulan ini termasuk Hap Seng Smart dan Edaran Otomobil Nasional (EON) dalam usaha mendapatkan pelanggan yang berpotensi sebelum pelancaran smart #1 pada suku ke-empat tahun ini.
Pada masa akan datang, PRO-NET dijangka akan bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi, termasuk syarikat yang berpengkalan di Pantai Timur di mana PRO-NET merancang untuk memperkenalkan jenama smart pada tahun hadapan.