Prodrive lancar Simulator Perlumbaan yang paling Cantik dalam Dunia, dari RM208k

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu impian penulis yang masih lagi belum tercapai adalah untuk menikmati dan menghabiskan masa terluang di dalam simulator perlumbaan yang dibina khusus, bukan sekadar duduk atas kerusi gaming semata-mata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang mempunyai masa dan juga wang, anda boleh mendapatkan simulator perlumbaan yang dibina oleh firma kejuruteraan British, Prodrive yang disifatkan sebagai 'simulator perlumbaan yang paling cantik dalam dunia'.
 

Prodrive


Dibangunkan bersama CALLUM, binaan racing sim ini menggandingkan penggunaan bahan tradisional dan moden, seperti contoh casis monocoque karbon yang menempatkan tempat duduk, skrin paparan, roda stereng dan kotak pedal, dan dilihat 'terapung' di dalam struktur kanopi 16 lapisan kayu birch.

Ia secara tidak langsung memberikan pengalaman seperti di dalam sebuah kokpit kereta lumba yang sebenar.
 

Racing


Prodrive Racing Simulator menawarkan prestasi kelas pertama, menampilkan kad grafik GeForce RTX 12GB, memori sebesar 16 GB, skrin melengkung sebesar 49 inci, roda stereng Precision SIM yang dibantu dengan motor stereng SimCube untuk pemanduan yang lebih jitu, serta kotak pedal mekanikal yang telah dipilih khas untuk melengkapkan pengalaman yang lebih realistik.

Setelah pembeli mendaftarkan diri, mereka akan dijemput sendiri ke ibu pejabat Prodrive untuk merasai sendiri pengalaman simulator di sana.
 

Racing


Sebagai sebahagian daripada pakej pembelian, Prodrive akan menghantar dan memasang sendiri racing sim ini terus ke rumah pelanggan mereka.

Harga jualan? Bermula dari £39,000 atau RM208,007 sahaja.

Sumber: Prodrive