Teaser terbaharu 'P25' yang didedahkan oleh Prodrive ini memperlihatkan garis badan sebuah Subaru Impreza 22B dua pintu, di mana ia memberikan bayangan Prodrive mungkin akan tampil dengan projek restomod bagi model yang dimaksudkan itu.
Ia ditambah lagi dengan kehadiran bayangan sayap belakang dan skup hud enjin di bahagian hadapan yang dilihat sama dengan model yang asal.
Pemilihan angka 25 itu mungkin merupakan satu rujukan kepada sambutan ulang tahun, di mana pada tahun 1997 (kira-kira 25 tahun yang lalu) Subaru telah memenangi gelaran ketiga dalam kategori pengeluar WRC, dan pada tahun 1998 Subaru meraikan kejayaan itu dengan membina model Impreza 22B STI.
Pengumuman Prodrive itu dikatakan tiba pada waktu yang sesuai, memandangkan Subaru sendiri sebelum ini mengesahkan mereka tidak akan melancarkan Subaru WRX STI generasi baharu disebabkan oleh regulasi yang semakin ketat.
An icon redefined, this is P25.
— Prodrive (@prodrive) May 18, 2022
25/05/22 #p25 #prodrive #iconredefined #comingsoon pic.twitter.com/F1FpN2Z3Up