Produk pelaburan TnG GO+ kini patuh syariah!

oleh Mohamad Hanif|
Touch 'n Go baru-baru ini mengumumkan produk pelaburan kewangan GO+ yang telah dilancarkan sebelum ini sebagai sebuah produk pelaburan patuh syariah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini sekaligus menjadikannya satu produk pelaburan yang lebih mesra Muslim di mana mereka boleh menyertai GO+ dengan nilai pelaburan serendah RM10 selain mendapatkan pulangan pendapatan untuk setiap hari.

Diperkenalkan pada bulan Mac yang lalu, GO+ turut memperkenalkan fungsi 'cash out' yang membolehkan pergerakan dana antara e-dompet pengguna dan akaun bank yang telah ditetapkan, selain daripada baki yang boleh digunakan secara terus untuk pembayaran nirtunai.

Touch 'n Go eWallet merupakan pengendali dompet digital pertama yang telah mendapat kebenaran sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf (Recognised Market Operator) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang membolehkan mereka mengedarkan produk pasaran modal secara langsung termasuk dana unit amanah menerusi platform e-dompet TNG tanpa memerlukan penglibatan pihak ketiga.

Fungsi pelaburan GO+ ini boleh diakses oleh pengguna e-dompet TNG bermula 29 Mac 2021 dan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Berita Domestik
Rumah untuk Kanak-Kanak oleh Rumah Charis merupakan rumah perlindungan 22 gadis daripada latar…