Produksi Aventador disambung semula, ganti 15 unit yang karam di Lautan Atlantik

oleh Mohamad Hanif|
Insiden kebakaran sehingga menyebabkan kapal kargo Felicity Ace karam di lautan Atlantik menyebabkan hampir 4,000 buah kenderaan Kumpulan Volkswagen terjejas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah tersebut, terdapat beberapa unit kenderaan daripada jenama mewah seperti Audi, Bentley, Porsche termasuk 15 buah Lamborghini Ultimae yang sepatutnya sudah pun ditamatkan produksi.

Dalam perkembangan terbaharu, CEO Lamborghini Stephan Winkelmann mengesahkan jenama itu akan memulakan kembali produksi Aventador bagi menggantikan 15 unit yang terjejas akibat insiden Felicity Ace tempoh hari.

"Kami akan berusaha untuk mengutamakan kapasiti produksi bagi memastikan segala tempahan yang terjejas digantikan semula secepat mungkin.

Secara keseluruhannya, Lamborghini perlu menggantikan 85 buah kenderaan, diikuti Bentley yang sudah pun menemukan penyelesaian untuk menggantikan 100 unit terawal daripada 189 unit yang terjejas, sementara Audi pula memberitahu mereka memerlukan masa untuk menggantikan kesemua 1,800 unit kenderaan.

Sumber: Automotive News, Car & Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, kapal dengan kapasiti 4,000 buah kenderaan itu membawa muatan kenderaan sebanyak 3,828…
Berita Global
Menurut pengurusan MOL Ship Management, kapal yang mengalami kebakaran tempoh hari itu kini berada…
Berita Global
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Automotive News Jumaat lalu, mereka menjelaskan, "Kami…