Penghentian produksi F8 Tributo itu menandakan tamatnya era coupe Ferrari berenjin tengah yang dikuasakan oleh nadi tulen V8.
Nama F8 Tributo menandakan kereta itu diraikan sebagai model dengan enjin V8 Ferrari, dimana Tributo ialah bahasa Itali untuk "penghormatan".
Seperti yang dijangka, model Ferrari V8 berenjin tengah pada masa akan datang bakal menampilkan elektrifikasi, seperti yang telah dilihat pada model SF90 Stradale.
Bagaimanapun, buat masa ini produksi bagi model F8 Spider akan diteruskan, namun ia bakal menerima nasib yang sama dalam masa terdekat.
Ferrari akan terus menawarkan model V8 tulen untuk tahun-tahun akan datang bersama model coupe Roma yang dikuasakan oleh nadi V8 berenjin hadapan, dimana ia baru-baru ini telah menerima versi Roma Spider.
F8 telah dilancarkan pada 2019, dalam kedua-dua gaya coupe dan convertible, model itu telah menggantikan model 488 GTB dan berkait rapat dengan 488 Pista yang dilancarkan setahun sebelumnya.
Penggantinya, 296 GTB, tiba pada 2021, walaupun 296 GTB menampilkan nadi V6 bersama teknologi hibrid plug-in, ia jauh lebih berkuasa daripada F8.
Ferrari 296 menghasilkan kuasa sehingga 818 HP, manakala Ferrari F8 dengan nadi V8 tulen menghasilkan 710 HP.