Menurut laporan dari Motor Authority, jurucakap Ford, Emma Bergg mengesahkan bahawa kedua arahan mengenai penghentian produksi dan penghantaran model tersebut dikeluarkan kerana kemungkinan masalah bateri.
Menurut Bergg , isu berpotensi itu dikenal pasti sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kualiti pra-penghantaran Ford, setakat ini juga syarikat itu belum mengenal pasti sebarang insiden melibatkan isu tersebut.

Namun, Ford tidak mengeluarkan arahan untuk penghentian jualan bagi unit yang sudah siap dibina dan sudah berada di pengedar.
Pasukan kejuruteraan Ford juga dikatakan sedang berusaha untuk mencari punca asal bagi mengatasi masalah melibatkan bateri tersebut.
Tempoh masa bagi arahan penghentian tersebut juga tidak ditetapkan, jadi pembeli yang sedang menunggu perlu menjangkakan tempoh menunggu lebih lama.