Produksi Mercedes terhenti di India gara-gara harimau bintang

oleh Mohamad Hanif|
Kebelakangan ini, berita berkenaan operasi produksi terhenti buat beberapa hari bukanlah satu perkara baharu, memandangkan punca utama iaitu krisis kekurangan cip masih lagi belum reda di peringkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, masalah yang sama turut menimpa kilang pemasangan Mercedes-Benz yang terletak di Chakan, India.

Menurut laporan, masalah tersebut bukanlah berpunca daripada kekurangan cip, sebaliknya ia diakibatkan oleh kehadiran seekor harimau bintang yang tersesat dan memasuki ke dalam fasiliti berkenaan.

Pasukan yang terdiri daripada Jabatan Perhutanan Chakan dan Wildlife SOS dikejarkan ke kilang tersebut bagi menyelamatkan harimau bintang yang malang itu, dan menemukan haiwan itu di sebalik kotak-kotak dan palet.

 


Menurut Wildlife SOS, proses menyelamat harimau bintang jantan berusia tiga tahun itu mengambil masa kira-kira empat jam, dan diletakkan di bawah penjagaan sementara sebelum dilepaskan ke habitat asal.

Mujur tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Organisasi itu juga turut menyebut, sebab utama kemunculan haiwan tersebut adalah kerana fasiliti tersebut dikelilingi oleh hutan, dan kilang pemasangan Mercedes-Benz itu terletak di kawasan Maharashtra, tempat yang mempunyai populasi harimau bintang yang paling padat di dunia.

Kilang Mercedes-Benz di India itu memasang pelbagai jenis model seperti C-Class, E-Class, S-Class, CLA-Class, GLA-Class, GLC-Class, GLE-Class dan GLS-Class.

 


Sumber: Wildlife SOS

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…