Produksi Mustang elektrik kini lebih banyak berbanding Mustang ori!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Ford Mustang masih lagi merupakan kereta sports paling popular di alam semesta, namun angka produksi setiap bulan mendedahkan sebaliknya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Motor1, sehingga bulan Mei, Ford telah berjaya memasang kira-kira 27,816 unit Mustang Mach-E di Mexico, dan dalam tempoh yang sama, kilang Flat Rock Michigan memasang kira-kira 26,089 unit Mustang coupe dan convertible.

Ini merupakan satu pencapaian besar buat Blue Oval memandangkan syarikat itu kini mula menumpukan perhatian kepada model kenderaan yang lebih mesra alam.

Namun, model tradisional Mustang sebenarnya masih lagi popular dari segi permintaan, di mana 29,264 unit telah berjaya dijual dengan peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding tahun lalu.

 


Salah satu sebab kenapa model SUV Mustang lebih banyak dihasilkan adalah berkaitan dengan krisis kekurangan cip semikonduktor.

Pada ketika ini, Ford lebih mengutamakan produksi untuk model-model baharu seperti Mustang Mach-E di mana secara purata menghabiskan masa 10 hari di pusat pengedar sebelum dijual.

Sementara kilang penghasilan Mustang tradisional yang terletak di Flat Rock, Michigan pula mengutamakan produk baharu seperti Ford Bronco, Ford Bronco Sport dan trak pikap Ford F-150, berbanding model Mustang sedia ada.

Selain daripada itu, stok Mustang pada ketika ini adalah lebih daripada mencukupi untuk tempoh 24 hari dan ia merupakan antara sebab kenapa tiada sebarang Ford Mustang diproduksikan pada bulan lalu.

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu tempoh jangka hayat yang agak panjang untuk sesebuah generasi kereta moden. Setelah…
Berita Global
Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…