Produksi petrol berplumbum akhirnya dihentikan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak United Nation Environment Program (UNEP) baru-baru ini mengumumkan produksi bagi bahan api petrol berplumbum yang mencemarkan alam sekitar telah pun dihentikan dengan penutupan kilang penapisan minyak terakhir Algiers Refinery yang dimiliki oleh syarikat Algeria, Sonatrach.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penggunaan petrol berplumbum masih lagi digunakan secara meluas di Afrika dan negara berpendapatan rendah, menurut statistik daripada UNEP.

Sehingga tahun 2002, lebih 100 buah negara masih lagi menggunakan petrol berplumbum yang didapati mampu memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak, selain mengakibatkan penyakit seperti sakit jantung, strok dan kanser.

Pengarah Eksekutif UNEP, Inger Anderson memberitahu media, "bahan api berplumbum merupakan salah satu kesalahan yang dibuat oleh manusia, menyebabkan kita mengalami krisis iklim, biodiversiti, dan juga pencemaran alam sekitar.

Menurut data daripada WHO, bahan api beracun ini mampu mencemarkan air, debu, tanah, sumber air minuman serta tanaman makanan. Selain daripada itu, ia juga menyumbang kepada kandungan plumbum yang tinggi di dalam darah, mengakibatkan tahap IQ kanak-kanak berkurangan.

Petrol berplumbum mempunyai bahan utama tetraethyl yang pertama kali ditambah pada awal tahun 1920-an untuk meningkatkan tahap prestasi enjin kenderaan, namun ia masih lagi terus digunakan selama berdekad lamanya meskipun amaran telah dikeluarkan daripada pihak berkuasa kesihatan awam.

Sumber: Autoblog