Produksi Tesla Roadster tangguh lagi, 'mungkin' tahun 2023 - Elon Musk

oleh Mohamad Hanif|
Sudah hampir empat tahun semenjak pengenalan model kereta sports elektrik Tesla Roadster, namun masih belum nampak bayang produksi bagi model generasi kedua itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika awal tahun lalu, Elon Musk menjangkakan produksi Roadster bermula 2022, namun dalam jawapan beliau menerusi laman mikroblog Twitter, CEO Tesla mengesahkan model itu bakal hadir pada tahun 2023.

Itu pun kalau tiada aral melintang.

Kenapa kami kata begitu? Lihat sahaja pada model trak elektrik Tesla Semi di mana produksi yang dijadualkan sudah tergendala beberapa kali semenjak pengenalan pertama dibuat oleh Tesla pada tahun 2017.

Selain daripada itu, Tesla juga mempunyai sebuah lagi model yang ditunggu ramai, Tesla Cybertruck dengan tempahanyang diterima lebih daripada 1.2 juta dalam keadaan tiada sebarang jaminan model tersebut sudah melepasi piawaian keselamatan daripada Tesla.

Menurut Elon Musk, tahun 2021 merupakan tahun yang sangat mencabar disebabkan gangguan terhadap rantaian bekalan, seperti kekurangan bekalan cip semikonduktor yang sedang dialami oleh kebanyakan pengeluar global.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…
Berita Global
Beliau dipetik berkata demikian ketika pengumuman kewangan Tesla untuk Q4 2023. Pada suku yang…