Program Insurans Proton tawar lebih ganjaran kepada para pelanggannya

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelanggan PROTON kini boleh menikmati faedah tambahan apabila mereka menginsuranskan kereta mereka menerusi barisan syarikat insurans PROTON. 

Dikenali sebagai Program Insurans Proton (PIP), tawaran ini boleh digunakan untuk kedua-dua pembeli kereta baharu dan pemilik kereta Proton sedia ada yang memperbaharui polisi insurans mereka dan ianya boleh didapati di semua cawangan PROTON yang
diiktiraf.

Enam panel syarikat insurans yang bekerjasama dengan PROTON untuk promosi ini ialah Allianz General Insurance Company (M) Sdn Bhd, Liberty Insurance Berhad, AmGeneral Insurance Berhad, Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.

Pembaharuan polisi insurans untuk mana-mana kereta adalah keperluan undang-undang dan jarang sekali diambil kira oleh pemilik kereta kerana kadar dan faedah yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans tidak begitu berbeza.

Dengan memperbaharui polisi kereta mereka melalui PIP, pemilik Proton akan mendapat manfaat seperti berikut.

1. Perlindungan Utama: Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan akibat kecurian atau percubaan kecurian, rompakan atau pecah masuk rumah, pelanggan boleh mendapatkan ganti rugi percuma sehingga berjumlah RM1,000 ke atas kenderaan tersebut.

2. Elaun banjir: Sekiranya berlaku kerosakan akibat banjir, banjir kilat, limpahan air, longkang, sungai atau lumpur, pelanggan boleh menuntut elaun sehingga RM1,000.

3. Perlindungan semua pemandu: Perlindungan untuk semua pemandu tanpa lebihan bayaran kecuali sekiranya pemandu yang diberi kuasa semasa kemalangan berumur 21 tahun dan ke bawah atau memegang lesen pemandu sementara atau masih belajar.

4. Perlindungan Kemalangan Diri Insurans/Pemegang Polisi: Perlindungan kemalangan diri sehingga RM15,000 bagi pendaftaran kereta peribadi.
 


Pelanggan PROTON PIP juga akan menikmati faedah tambahan seperti berikut:

1. Kos pembaikan percuma: Bagi kenderaan yang berusia sehingga 10 tahun dan tertakluk kepada kenderaan yang dibaiki di mana-mana cawangan Ketuk dan Cat (Body & Paint) PROTON yang diiktiraf.

2. Perlindungan dengan Nilai yang dipersetujui: Sekiranya terdapat kerugian atau kecurian, pelanggan akan menikmati pembayaran penuh jumlah yang diinsuranskan untuk 12 tahun pertama usia kenderaan mereka.

"PROTON sentiasa mencari cara untuk memberikan lebih banyak nilai dan melalui Program Insurans Proton, kami dapat memastikan bahawa pelanggan lama, sedia ada dan baharu layak menerima faedah yang sama hanya dengan memperbaharui polisi insurans mereka dengan kami.

"Program ini disokong oleh enam nama terkuat dalam industri insurans, jadi pelanggan boleh mendapatkan ketenangan fikiran bahawa rakan kerjasama PROTON dalam usaha ini dapat mengotakan janji-janji mereka," kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis pelancaran produk terbaharu tersebut telah diadakan di Sentul Depot, Kuala Lumpur pada hari…
Informasi
  Terdapat banyak platform yang kini menawarkan perkhidmatan untuk memperbaharui cukai jalan dan…
Informasi
  Family Drive adalah insurans kereta komprehensif yang memberikan perlindungan asas terhadap…