Program MyLesen B2 bukan ‘lesen terbang’

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Lesen memandu kelas B2 (motosikal) daripada Program MyLesen adalah kompeten seperti pemilikan lesen biasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata prosedur pengambilan lesen itu meliputi kursus kurikulum pendidikan pemandu (KPP), teori, praktikal dan praujian yang sama seperti yang ditetapkan JPJ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Walaupun lesen ini diberikan secara percuma, ia adalah lesen yang kompeten dan bukan 'lesen terbang' kerana kita mahu pastikan penunggang mematuhi peraturan di jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan.

"Pemilik lesen B2 ini juga tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang jika gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Kelantan, di Bachok pada Rabu, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha.

Hasbi turut menyampaikan sumbangan 300 unit topi keledar tajaan Malaysia Rail Link (MRL) kepada penerima lesen B2 Kelantan.

Seramai 900 penduduk Kelantan menerima bantuan lesen memandu B2 menerusi program MyLesen dengan penerima termuda berumur 16 tahun dan yang paling tua berumur 67 tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang mendapat bantuan pemilikan lesen tersebut perlu menghabiskan semua prosedur sehingga mendapat lesen memandu mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Kita tidak mahu penerima bantuan mengikuti kelas separuh jalan. Walaupun inisiatif ini diberi secara percuma kita mahu pastikan penerima memanfaatkannya sebaik mungkin agar matlamat kita untuk bantu golongan B40 tercapai," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek mulanya dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan…
Berita Domestik
"(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…