Program 'Nissan Nurtures Nature' tanam 310 anak pokok paya bakau di K. Selangor

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah meningkatkan usahanya untuk kembali berhubung dan meningkatkan lagi kesedaran terhadap alam semula jadi menerusi kempen Nissan Nurtures Nature (NNN) siri ke-3 yang dijalankan di Kuala Selangor Nature Park pada 16 dan 17 Ogos 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan ETCM, ahli keluarga Nissan dan rakan-rakan mereka bekerjasama untuk menanam 310 batang anak pokok paya bakau dalam usaha mengatasi masalah perubahan iklim pada masa akan datang.
 


Pokok paya bakau sangat penting untuk ekosistem kerana ia mampu menyimpan empat kali lebih banyak jisim karbon berbanding hutan tropika, sekali gus dapat mengurangkan jumlah CO.

Ia juga mampu membantu menghalang hakisan dengan cara menstabilkan mendapan tanah menerusi akar dan rangkaian dahannya, dengan menapis bahan pencemaran serta memerangkap sampah dari darat.  

 


Selepas sesi menanam pokok paya bakau yang menyeronokkan, para peserta mengambil peluang untuk membersihkan kawasan berhampiran dan berjaya mengumpul sampah-sarap seberat 97kg dalam masa sejam.    

Pokok payu bakau juga menjadi kediaman kepada pelbagai jenis ikan dan kerang-kerangan, serta burung hijrah. Sepanjang pelayaran menyusuri Sungai Buloh, para peserta boleh melihat pelbagai jenis burung termasuklah  spesis terancam seperti ‘Milk Stork’ (Myceteria Cinerea) dan ‘Lesser Adjutant Stork’ (Leptoptilos Javanicus).
 


ETCM memperkenalkan Nissan Nurtures Nature (NNN) sejak Jun 2018 untuk mengumpul para pelanggan dan ahli keluarga mereka, rakan niaga, pertubuhan bukan berasaskan kepada keuntungan serta kakitangan untuk sama-sama mencipta perubahan yang positif dan penuh makna kepada alam sekitar dan komuniti yang berpaksikan kepada falsafah 3R; Reduce, Recycle dan Reconnect.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut dan kemas kini mengenai kempen Nissan Nurtures Nature boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian 03-4047 8788 atau hantar e-mel ke [email protected].

 


Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Berita Domestik
Ia menggabungkan identiti korporat Nissan dengan logo Nissan yang terkini bertujuan untuk…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…