Dibawah TEKUN Nasional, dana tambahan sebanyak RM60 juta akan disediakan terutama untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga RM5,000 bagi perniagaan kecil-kecilan dari rumah, pasar malam dan pasar tamu.
Program TEKUN Mobilepreneur pula akan diperluaskan untuk pembiayaan membaik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga RM10,000.
Selain daripada itu, pemohon juga dapat menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan program TEKUN POS-treneur.
Bantuan TEKUN Nasional akan diberikan sehingga RM20,000 untuk tujuan balik pulih kenderaan, dan sehingga RM50,000 untuk pembelian van atau lori.
Sumber: Astro Awani