Project Firebird - konsep skrin infotainmen yang boleh berputar

oleh Mohamad Hanif|
Kereta zaman moden tidak dapat lari daripada penggunaan skrin infotainmen yang besar saiznya, sama ada skrin tunggal, skrin berkembar, atau kehadiran beberapa unit skrin seperti yang terdapat pada model Mercedes EQS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lain pula ceritanya di Mitsubishi Electric, di mana syarikat itu kini tampil dengan idea skrin yang boleh diputar sama ada dalam kedudukan melintang ataupun menegak bergantung kepada kehendak pengguna.

Prototaip skrin yang boleh diputar yang dinamakan sebagai Project Firebird itu kini sedang diuji pada sebuah SUV Acura MDX, berdasarkan video yang dimuat naik menerusi saluran YouTube Autoline Network.

Menurut Mark Rakoski, naib presiden kejuruteraan termaju Mitsubishi Electric menjelaskan, Project Firebird merupakan konsep kokpit digital yang akan ditawarkan pada masa akan datang, dan ia memberikan pilihan kepada pengguna untuk menikmati kandungan digital menggunakan orientasi paparan menegak ataupun melintang - sama seperti peranti pintar.

Ini kerana sesetengah aplikasi ataupun paparan video lebih sesuai dilihat menggunakan orientasi paparan melintang, sementara sistem navigasi pula adalah lebih baik menggunakan orientasi paparan menegak.

Tambah Rakoski lagi, Project Firebird juga turut dilengkapi dengan unit kamera yang tersendiri dan mampu menyokong perbualan video jarak jauh dan juga sistem pemantauan keadaan pemandu.

Video penuh boleh ditonton menerusi pautan di bawah: