Sehubungan itu, menurutnya negeri Pahang khususnya telah mencatatkan status kemajuan yang signifikan dengan peratusan kemajuan kerja sebanyak 78.82 peratus dalam tempoh yang sama.
"Sepertimana yang diketahui umum, jajaran ECRL sepanjang kira-kira 258 kilometer di negeri Pahang melibatkan pembinaan tujuh stesen.
"ECRL adalah projek yang berimpak tinggi yang akan menghubungkan taman-taman perindustrian, pelabuhan, bandar utama dan zon pelancongan serta menambahbaik kesalinghubungan dengan rangkaian rel sedia ada di Semenanjung.
"Menjelang tahun 2025, projek ECRL akan memasuki fasa persediaan untuk pengoperasian. Oleh demikian, dianggarkan hampir 1,500 tenaga kerja tempatan akan diperlukan," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman UCYP University dan MRL Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Isnin.
"Sebagai permulaan, pembangunan modul latihan berkaitan sistem kereta api China akan dibantu dan dilaksanakan bersama kontraktor utama Projek ECRL," jelasnya.