Projek keretapi Rapid Singapura - Malaysia disambung semula secara rasmi

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembinaan Projek Rapid Transit System (RTS) yang akan menyambungkan Singapura dan Johor Bahru menggunakan tren harian ekspres yang tergendala tahun lalu kini disambung semula secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa perubahan telah dilakukan seraya dengan penyambungan projek ini.

  • Sistem RTS Link ialah sistem LRT tersendiri dan tidak akan menggunakan sistem Thomson-East Coast Line (TEL) di Singapura atau MRT.
  • RTS Link juga tidak akan menggunakan depot TEL di Mandai, tetapi akan menggunakan depot baharu yang dibina di Wadi Hana, Johor Bahru.
  • Ia tetap akan memberikan perkhidmatan tren kepada 10,000 orang penumpang sejam untuk kedua-dua arah.
  • Singapura tetap akan menggunakan LTA (Land Transport Authority) sebagai pembekal infrastruktur bagi pembinaan di Singapura.
  • Malaysia pula kini akan menggunakan Malaysia Rapid Transit System Sdb Bhd sebagai pembekal infrastruktur utama, menggantikan Prasarana Malaysia.
  • Perjanjian Usahasama antara SMRT RTS Pte Ltd dari Singapira dan Prasarana RTS Operations Sdn Bhd akan memastikan operasi projek kedua-dua negara ini akan dilakukan secara profesional dan adil.
  • Projek ini akan siap pada hujung tahun 2026, lewat dua tahun dari sasaran operasi awal.
  • Sistem RTS ini menarik kerana ia akan hanya mempunyai satu tempat untuk pelepasan kastam dan imigresen, iaitu di tempat pelepasan. 
  • Ini akan memudahkan dan mempercepatkan urusan keluar masuk ke kedua-dua negara jiran itu.

Sat majlis rasmi diadakan pagi tadi dan dihadiri oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan ditemani oleh Menteri Pengangkutan dari kedua-dua negara.


* Laporan dan gambar utama dari The Star

 

Berita Berkenaan

Informasi
  “Semua tren MRT dari Kajang akan berhenti di Stesen MRT Kwasa Sentral.   “Bagi penumpang yang…
Berita Domestik
Berita ini dilaporkan oleh The Star yang menyebut beberapa model sedang dikaji termasuklah…