Pembukaan laluan tersebut akan memberikan kemudahan kepada perantau untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pembukaan laluan sepanjang 17 kilometer turut melibatkan jalan susur keluar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub.
“Kemudahan ini sekali gus dapat menjimatkan perjalanan selama 40 minit untuk pulang ke kampung.
“Kita jangkakan 500,000 kenderaan Kelantan akan melalui jalan berkenaan itu nanti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 46 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kelantan di sini hari ini.
Jelasnya, satu lagi seksyen laluan akan dibuka pada September ini melibatkan susur keluar persimpangan perindustrian Raub.
Sumber: Utusan