Projek Lorong Tambahan Kulai–Sedenak (Fasa 1A) Berjalan Ikut Jadual

oleh Qalif Latif|
Projek menaik taraf lebuh raya antara Kulai dan Sedenak kini mencatatkan perkembangan positif apabila kerja-kerja pelebaran laluan dari 2 ke 3 lorong sepanjang 14.5 km sudah mencapai kemajuan 41 peratus. Fasa 1A ini merupakan sebahagian daripada pelan besar menaik taraf keseluruhan jajaran Senai Utara–Machap yang meliputi jarak 52.4 km.

Pelebaran ini bermatlamat meningkatkan keselesaan dan melancarkan pergerakan trafik di koridor selatan Lebuhraya Utara–Selatan yang menampung jumlah kenderaan tinggi setiap hari. Berdasarkan jadual semasa, kerja pembinaan sedang berjalan lancar dan masih menepati sasaran tarikh siap.

Projek Lorong Tambahan Kulai–Sedenak

Manfaat Kepada Pengguna

Peningkatan kapasiti lorong ini dijangka memberi impak besar kepada pengguna harian dengan anggaran sekitar 90,000 kenderaan melalui kawasan tersebut setiap hari. Selain mengurangkan kesesakan terutama waktu puncak, projek ini turut menambah baik tahap keselamatan serta pengalaman pemanduan keseluruhan.

Sokongan Kepada Pembangunan Sekitar

Naik taraf ini juga dilihat penting kepada pembangunan kawasan Sedenak, Kulai, Senai, Iskandar Malaysia dan Pagoh. Dengan laluan yang lebih lancar, ia membantu menyokong pertumbuhan ekonomi dan memudahkan pergerakan penduduk serta aktiviti logistik di kawasan selatan Johor.

Projek Lorong Tambahan Kulai–Sedenak

Status Projek dan Jadual Pelaksanaan

Kerja-kerja Fasa 1A telah bermula pada Julai 2024 dan kini berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran seterusnya. PLUS memaklumkan bahawa perkembangan projek akan terus dikongsi kepada orang ramai dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi mereka.

Projek Lorong Tambahan Kulai–Sedenak
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kejadian tersebut berpunca daripada laluan lori termasuk kawasan parkir kenderaan berat…
Berita Domestik
Kata Noor Hisam, aksi berbahaya semua remaja berkenaan dikesan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah…
Berita Domestik
Sebanyak empat unit Honda Civic 1.5 Turbo diserahkan oleh Ketua Pegawai Kewangan PLUS, Encik…