Projek mega ECRL, LRT3, MRT3 diteruskan seperti biasa - Anthony Loke

oleh Penyumbang Rencana 2|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan projek mega seperti Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) akan diteruskan seperti biasa, menurut laporan Kosmo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, pendekatan kerajaan sekarang ialah meneruskan apa sahaja projek yang sedang dilaksanakan. 

“Saya rasa kesemua projek berkenaan telah dimulakan dan tiada masalah untuk kita diteruskan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama warga MOT di sini tadi.

Berhubung projek ECRL, Loke berkata, seperti dijanjikan ketika kempen pilihan raya lalu, projek mega itu akan diteruskan dan ia tidak akan ditangguhkan lagi.

“Projek ini sudah melalui banyak proses rundingan dan kajian semula termasuk perubahan laluan dan stesen. Kita tidak mahu sebarang bentuk penangguhan lagi ke atas projek mega ini.
 

LRT3


“Pojek itu sudah pun dimulakan dan ia berjalan dengan baik walaupun ada ketikanya kita tidak berapa setuju dalam beberapa perkara dan keputusan yang dibuat,” katanya.

Ketika ini, kemajuan keseluruhan projek ECRL berada pada sekitar 35.9 peratus.

Projek itu dijangka beroperasi pada Januari 2027 dan ia boleh menampung 5.6 juta penumpang setahun, dengan memuatkan 440 penumpang bagi satu perjalanan membabitkan enam gerabak.

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer itu dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion membabitkan jajaran empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. 

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini adalah selari dengan kenyataan yang dibuat pada bulan lepas, di mana kesemua projek mega…