Projek MRT3 akan disambung semula bermula pertengahan tahun ini

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan bersetuju menyambung semula Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) di Lembah Klang mulai pertengahan tahun ini selepas tertangguh ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata kaedah pelaksanaan MRT3 akan diputuskan berpandukan perincian dikemukakan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"MRT Corp diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan kajian menyeluruh, membabitkan jajaran dan aspek kewangan supaya pelaksanaannya lebih inovatif bagi kelulusan Jemaah Menteri.

 

"Kita akan maksimumkan manfaat kepada rakyat dan lebih praktikal dengan mengambil kira impak kos," katanya pada sidang media selepas melawat operasi MRT Laluan Putrajaya di Damansara semalam.

 

Projek MRT3 adalah kesinambungan projek infrastruktur mega yang dilaksanakan kerajaan iaitu MRT dan MRT2.

 

Projek yang menelan kos RM45 bilion sebelum ia dikurangkan sekurang-kurang separuh sebelum ini, dirancang membabitkan jajaran sepanjang 40 kilometer (km).

 

Ia membabitkan aliran pusingan melalui kawasan seperti Jalan Duta, Setiawangsa, Pandan Indah, Salak Selatan, Bandar Malaysia dan Kerinchi.

 

Mengenai MRT Laluan Putrajaya Fasa I, Ka Siong berkata, prestasi kemajuan projek sepanjang 17.5km, menghubungkan Kwasa Damansara ke Kampung Batu itu sudah mencapai 97 peratus.

 

"Jajaran ini merangkumi 12 stesen dengan tempoh perjalanan sehala adalah selama 24 minit dan dijangka beroperasi pada Ogos depan.

 

"Baki jajaran ini dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral, merangkumi 24 stesen sepanjang 40.2km dengan tempoh perjalanan sehala selama sejam pula sudah mencapai 87 peratus dan dijangka dibuka di bawah Fasa II, pada Januari 2023," katanya.

 

Sementara itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, pihaknya dijadual mengadakan sesi libat urus Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Isnin ini.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, MRT Putrajaya Fasa Dua kini siap 99.9 peratus…
Berita Domestik
Beliau berkata, pendekatan kerajaan sekarang ialah meneruskan apa sahaja projek yang sedang…
Berita Domestik
  "Cadangan laluan MRT3 ini adalah sekitar 51 kilometer (km) dan mempunyai 31 stesen, di mana 10…