Projek MRT3 dalam kajian semula - Menteri Pengangkutan

oleh Mohamad Hanif|
Kajian semula akan dijalankan terhadap projek Mass Rapid Transit Line 3 (MRT3) atau MRT Circle Line yang ditangguhkan sebelum ini demi meneroka pebagai pilihan pembiayaan baharu, termasuklah kemungkinan mendapatkan dana daripada pemaju hartanah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita ini dilaporkan oleh The Star yang menyebut beberapa model sedang dikaji termasuklah Singapura dan Hong Kong untuk melihat bagaimana sektor swasta mampu menyertai projek MRT3 tersebut. 

Mengambil contoh sistem rel yang dilaksanakan di Hong Kong, kerajaan di sana menganugerahkan geran kepada syarikat MRT untuk bekerjasama dengan pemilik hartanah untuk membiayai sebahagian daripada dana pembangunan yang diperlukan. 

Dengan cara "Rail + Property" ini, ia masih lagi mampu mendatangkan keuntungan untuk kedua-dua belah pihak selain membantu mengekalkan kadar tambang yang murah 

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditemuramah berkata, "Projek MRT3 digantung sebelum ini atas faktor kos, namun kami bersedia untuk mengkaji semula projek itu.
 


Anthony turut menambah, kos pembinaan projek MRT3 itu haruslah lebih rendah, namun penurunan tersebut masih lagi di dalam perbincangan. 

"Ini akan menjadi satu mekanisme dan model pembangunan terbaru sekiranya ia berjaya diteruskan untuk menjadikan projek tersebut lebih efektif dari segi kos dan tinggi dari segi pulangan pelaburan," katanya lagi. 

Anthony turut mensasarkan tempoh sehingga pertengahan tahun 2020 sebelum keputusan rasmi dibuat. 

Projek MRT3 merupakan bahagian akhir laluan MRT di Lembah Klang, melibatkan jarak sehingga 40 kilometer membentuk satu pusingan merentasi pusat bandar serta beberapa lokasi menarik seperti Kerinchi, Jalan Duta, Setiawangsa, Salak Selatan, Pandan Indah dan Bandar Malaysia. 

Sebanyak 26 stesen akan dibina dan 19 daripadanya merupakan stesen bawah tanah. Difahamkan lebih daripada 60 peratus projek MRT3 merangkumi kerja-kerja membina terowong bawah tanah. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Informasi
  “Ia merupakan komitmen kerajaan melengkapkan rangkaian rel Kuala Lumpur dengan jajaran sepanjang…
Berita Domestik
  "Cadangan laluan MRT3 ini adalah sekitar 51 kilometer (km) dan mempunyai 31 stesen, di mana 10…