Projek MRT3 ditunda, bukan dibatalkan - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata projek Mass Rapid Transit Line 3 (MRT3) hanya ditangguhkan buat sementara waktu dan bukan dibatalkan bagi mengurangkan beban hutang kerajaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkenaan rasional dan implikasi akibat pembatalan projek pengangkutan awam seperti MRT3, semalam.

 


Tambah Anthony, barisan Kabinet akan memberikan keutamaan kepada MRT3 sekiranya kedudukan kewangan bertambah baik dan menentukan masa yang sesuai untuk melaksanakannya. 

Projek MRT3, atau lebih dikenali dengan nama MRT Circle Line merupakan projek ketiga belas yang dikemukakan bagi melengkapi jaringan keretapi sedia ada di kawasan Lembah Klang. 

MRT3 akan meliputi beberapa kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi seperti Bandar Malaysia, Ampang, KL Ecocity, Bukit Kiara dan juga Sentul.
 


Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir pernah membuat kenyataan di sidang akhbar mengesahkan pembatalan projek MRT3 selepas selesai pilihan raya umum yang ke-14, Mei lalu. 

Sumber: Bernama
Sumber gambar: Lowyat.net

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, MRT Putrajaya Fasa Dua kini siap 99.9 peratus…
Berita Domestik
Beliau berkata, pendekatan kerajaan sekarang ialah meneruskan apa sahaja projek yang sedang…
Berita Domestik
  "Cadangan laluan MRT3 ini adalah sekitar 51 kilometer (km) dan mempunyai 31 stesen, di mana 10…