Projek Recharged MINI tukarkan Mini klasik jadi EV

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala kita masih lagi menantikan kelulusan daripada pihak berkuasa untuk mengubah kereta konvensional menjadi EV, di Eropah ia kian menjadi satu trend.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terkini, MINI melancarkan projek restomod mereka yang terdiri, iaitu projek Recharged yang mampu mengubah mana-mana kereta Mini klasik menjadi sebuah kenderaan elektrik yang sebenar.

Projek berskala besar ini akan dikendalikan oleh sepasukan pakar di Oxford Plant, United Kingdom dan ia mampu memberikan nafas baharu buat kereta-kereta klasik Mini di sana.
 

Recharged


Tidak banyak butiran didedahkan, namun anda boleh mendapatkan khidmat mereka untuk menukarkan enjin asal Mini kepada motor elektrik berkuasa 121 hp.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 9 saat sementara pek bateri bervoltan tinggi pula mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 160 km untuk sekali cas penuh.
 

Recharged


Jarak ini sebenarnya amat ideal untuk pemanduan di dalam bandar, di mana menurut MINI, pemilik boleh memasuki pusat bandar tanpa perlu membayar caj kesesakan yang biasa dikenakan kepada kereta konvensional.

Tambah MINI lagi, projek penukaran trenkuasa ini bersifat retrofit, di mana enjin yang asal boleh dimuatkan kembali dengan mudah pada masa akan datang.

Selain daripada motor elektrik, pek bateri dan port pengecasan, projek restomod ini turut menambah kluster meter retro dengan paparan suhu motor elektrik, jarak operasi, kelajuan, serta pilihan gear pemanduan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Projek HWA EVO itu diumumkan sendiri oleh HWA AG, sebuah syarikat dari Affalterbach yang sangat…
Berita Global
Menurut laporan Bernama, ujian bersepadu yang dijalankan oleh syarikat Kereta Api Antarabangsa…