Projek tebatan banjir akan dipercepat guna kaedah 'fast track' tender - PM

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Utusan
Kerajaan akan gunakan kaedah kelulusan tender pantas (fast track) untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan banjir, menurut laporan Bernama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, pemberian segera projek tebatan banjir tersebut dibuat susulan keadaan banjir yang melanda beberapa negeri.

“Kalau kita guna proses tender biasa, ia tidak boleh (diselesaikan) dalam bulan Jun dan Julai. Jadi, saya minta fast track (supaya) diselesaikan bulan Jun dan take off pada Julai,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, mengenai proses tender dan syarikat yang dianugerahkan projek tersebut.

Selain Johor, projek tebatan banjir termasuk Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan; Terengganu dan Kedah juga disegerakan menggunakan kaedah fast track.

Beliau juga memaklumkan belum ada mana-mana syarikat dianugerahkan projek tebatan banjir di Johor dan beberapa negeri lain setakat semalam.

Sebelum ini, Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat mengumumkan enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya pada Jun tahun ini.

Projek itu melibatkan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor dan pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor serta projek lain iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…
Berita Domestik
Buat masa sekarang. ANIH telah menempatkan kakitangan operasi mereka selama 24 jam untuk memantau…
Informasi
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pengaktifan sistem ini adalah…