Prolintas anjur program percuma untuk lepasan universiti kerana kurang daya saing di kalangan pekerja

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan Syarikat Prolintas, pemegang konsesi untuk lebuhraya AKLEH, LKSA, SILK, SUKE, DASH dan LKSA, telah menganjurkan program Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk seramai 50 orang lepasan universiti.

Program online itu dilakukan secara percuma dan bertujuan untuk mempersiapkan graduan-graduan itu dalam kemahiran berkomunikasi untuk melangkah ke dunia pekerjaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata idea untuk menganjurkan program itu tercetus berikutan "pemerhatian sebagai majikan yang melihat kepada kurangnya daya saing pekerja yang mempunyai kemahiran insaniah (soft skill), termasuk kemahiran berkomunikasi."

Program tersebut dilakukan dengan kerjasama Enfiniti Academy, di bawah Tiara Jacquelina Abdullah dan antara ketua program yang terbabit ialah Joanna Bessey. Penggunaan seni persembahan meningkatkan tahap keyakinan peserta untuk berinteraksi dan mengasah kreativiti mereka bagi menyelesaikan masalah secara kritis.

Sehingga hari ini, Prolintas telah membantu lebih dari 200 orang generasi muda dalam penyediaan memasuki dunia pekerjaan. Antara program itu ialah Skim Latihan 1Malaysia (SLIM), Program Pelatih Graduan Eksekutif PNB (PNB GET) dan Program Latihan Lepasan Graduan ‘Protégé’.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Pelaburan tersebut adalah penting untuk membantu Kumpulan PROLINTAS dalam penstrukturan semula…
Berita Domestik
Program tersebut merupakan inisiatif bersama masyarakat menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan…