Selain pengedaran kepada pengguna lebuh raya PROLINTAS, sejumlah penutup muka turut diedarkan kepada pelajar dan guru sekolah yang berhampiran dengan Lebuhraya AKLEH iaitu Sekolah Kebangsaan Ampang.
Menurut Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) PROLINTAS, Ir. Rostam Shahrif Tami, “Pengedaran topeng muka kepada pengguna telah bermula pada Khamis, 5 September 2019 di AKLEH dan GCE dan berakhir pada hari ini di LKSA dan SILK.
“Ini merupakan di antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PROLINTAS yang merangkumi pelbagai aspek seperti pendidikan, penjagaan alam sekitar dan pembangunan insaniah di sepanjang tahun. Dengan adanya aktiviti sebegini ianya dapat mengurangkan risiko pencemaran udara sekaligus menyumbang tahap kesihatan yang baik,” tambah Ir. Rostam.