Promosi akhir tahun untuk Peugeot 3008, Peugeot 5008 SUV Plus!

oleh Mohamad Hanif|
Nasim Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Peugeot di Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun untuk mereka yang mahu menaiktaraf kenderaan kepada model 3008 dan 5008 SUV Plus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2019, para pelanggan boleh menukar ganti (trade in) dan mendapatkan nilai tambahan sehingga RM10,000 daripada nilai semasa kenderaan mereka. 

Selain daripada itu, pembeli model Peugeot 3008 dan 5008 SUV Plus akan turut menerima servis penyelenggaraan secara percuma selama tiga tahun termasuklah kos alat ganti dan kos buruh. 

Para pelanggan juga boleh mendapatkan pelan pembiayaan kewangan khas dari Affin Bank bagi memiliki kenderaan idaman dari serendah RM1,300 sebulan. 

Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 SUV Plus - kedua-dua model ini menampilkan rekaan signatur Peugeot i-Cockpit yang minimalis namun mampu memaksimumkan tumpuan pemanduan terima kasih kepada ciri keselamatan seperti Amaran Penukaran Laluan Aktif, Pembetulan Laluan Aktif, Amaran Tumpuan Pemandu, serta Sistem Informasi Titik Buta. 
 


Sebagai sebuah SUV, Peugeot 5008 menawarkan ruang yang luas dan mampu memuatkan sehingga tujuh orang pada satu-satu masa, selain reka bentuk yang lebih stailo berbanding jentera di dalam kelasnya. 

Selain daripada itu, Peugeot 3008 SUV tidak kurang hebatnya apabila ia merupakan model kelima Peugeot dan model SUV pertama yang merangkul hadiah utama Car of The Year

Kesemua model Peugeot kini didatangkan dengan jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 120,000 km (yang mana terdahulu), serta merangkumi servis bantuan 24 jam Nasim, akses kepada Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan juga keahlian Peugeot Privilege. 

Baca: Peugeot 3008 Pemenang Car of The Year Malaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Crossover segmen C ini bukan sahaja akan ditawarkan dalam versi elektrik, akan tetapi versi hibrid…
Berita Global
Menjelang pelancaran rasmi model baharu SUV berjenama singa Perancis yang akan berlangsung pada…
Berita Global
Untuk model semasa yang masih lagi wujud di pasaran tertentu, Peugeot telah mengemaskini penawaran…