Promosi bulan Mac: Beli kereta baru Nissan, jadi jutawan Boost!

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengumumkan kempen terbaharu sepanjang bulan Mac yang menawarkan sehingga 20 juta mata ganjaran Boost Star dengan pembelian kereta baharu Nissan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Antara model yang layak termasuklah Nissan Almera 1.0L Turbo, Nissan Navara 2.5L Turbo 4WD, Nissan X-Trail dan juga Nissan Serena S-Hybrid.

Pembeli juga akan ditawarkan pakej aksesori dan pakej servis percuma untuk nilai pembelian yang lebih baik.

Menerusi katalog BoostUp, mereka bebas untuk memilih apa jua ganjaran yang ditawarkan dengan menggunakan mata ganjaran Boost Star itu tadi.
 

mm


Sepanjang bulan Mac ini juga, pelanggan yang berkunjung ke pusat pameran Nissan untuk memandu uji Nissan Almera akan menerima baucar Watsons bernilai RM30

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.nissan.com.my atau dengan menghubungi Nissan Customer Care Centre di talian 1800-88-3838.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Konsep bilik pameran baharu itu membuktikan komitmen syarikat dalam menyediakan pengalaman…
Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…