Promosi penerbangan domestik hanya dengan RM12 dari AirAsia

oleh SALINA JALIL|
AirAsia Bhd menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala bermula hari ini untuk penerbangan domestik.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

 

Katanya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan 'Tempahan Saya'.

 

"Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jadi, kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan.

 

"Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.

 

Riad berkata, AirAsia sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.

 

Beliau berkata, AirAsia juga berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu. 

 

 

 

Laporan Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…