Promosi Perkhidmatan Rapid On-Demand RM1 bakal berakhir, kadar tambang tetap RM2 bermula 1 Februari

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) akan beroperasi dengan kadar tambang tetap RM2 bagi setiap perjalanan bermula 1 Februari ini, umum Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana Malaysia), pada Isnin.

Sehubungan itu, Ketua Strategi dan Perancangan Prasarana Malaysia, Sharul Azwa Abd Rani, berkata tempoh tambang promosi serendah RM1 diperkenalkan sejak Fasa Bukti Konsep (POC) pada 2023 akan berakhir pada 31 Januari ini.

"Selaras dengan penyelarasan ini, pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga juga perlu membayar tambang bagi setiap perjalanan mereka.

"Berbeza dengan perkhidmatan tren dan bas henti-henti yang beroperasi mengikut jadial serta laluan tetap, ROD adalah perkhidmatan bersifat unik, dengan zon perkhidmatan lebih dinamik dan hentian maya yang boleh disediakan mengikut keperluan operasi.

"Kadar operasi sebenar ini penting bagi menyokong kesinambungan perkhidmatan serta penambahbaikan berterusan kepada pengalaman pengguna," katanya dalam taklimat media mengenai perkembangan terkini perkhidmatan ROD, di Petaling Jaya pada Isnin.

Sharul Azwa berkata menerusi perkhidmatan ROD, Prasarana Malaysia bercadang untuk menambah 300 van secara berperingkat mulai akhir 2027 hingga 2028.

Katanya, sehingga kini sebanyak 301 van ROD beroperasi di 82 zon perkhidmatan di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

"Perkhidmatan ini membantu menghubungkan komuniti setempat dengan rangkaian rel dan bas sedia ada, khususnya di kawasan tidak diliputi oleh laluan bas tetap atau mempunyai permintaan perjalanan yang bersasar," katanya.

BeritaHarian

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) itu, perkhidmatan sama turut diperluas ke…
Berita Domestik
Selain itu dua van disediakan bagi zon MRT Putrajaya Sentral – Presint 14 dan 16; Pusat Konvensyen…
Informasi
Enam laluan berkenaan adalah Saujana Utama/Elmina-Jalan Kuala Selangor dengan tiga van disediakan;…