Promosi Scooter Beam Sempena Hari Merdeka

oleh Penyumbang Rencana 2|
Scooter Beam yang merupakan sebuah teknologi e-skuter mudah alih yang menggunakan aplikasi yang dimuat turun daripada telefon pintar untuk mengaktifkan penggunaan mengumumkan tawaran promosi 50 peratus diskaun sempena Hari Merdeka.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Bermula 27 Ogos hingga 16 September, semua penunggang boleh menikmati e-skuter ini dengan mendapatkannya di setiap hab pengangkutan yang disediakan dengan caj RM0.30 seminit. Ini merangkumi 50 peratus diskaun ketika waktu puncak (6.00pm hingga 6.00am) pada hari biasa dan hujung minggu. Diskaun 33 peratus pula untuk waktu biasa (6am hingga 6.00pm) pada hari biasa.

Tambahan lagi, penunggang yang meletak kembali Scooter Beam ini di hab pengangkutan yang disediakan akan mendapat ganjaran pulangan RM2.00 sebagai usaha anda untuk menempatkannya di tempat yang betul.

Secara keseluruhannya, setakat ini 52 peratus daripada pengguna memberi respon yang baik semasa menungganginya sebagai pengangkutan awam untuk tiba ke destinasi berdekatan. Statistik yang memberangsangkan ini menjadikan ia selaras dengan visi kerajaan untuk menggunakan teknologi kenderaan elektrik dalam sistem pengkutan awam.

Tambahan pula, kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia menunjukkan penilaian yang positif terhadap  ketersedian perkhidmatan ini di kawasan bandar dan kediaman mereka

“Kami mahu melakukan sehabis baik bagi melancarkan lagi pergerakan di bandar. Usaha kami untuk menjadikan e-skuter ini lebih banyak keberadaannya di lokasi strategik sudah berada di landasan yang betul. 

“Seiring dengan matlamat kerajaan, kami ingin mensasarkan penggunaan 40 peratus e-skuter ini sebagai pengakutan awam menjelang 2030. Perkara tersebut adalah sesuatu yang sedang kami usahakan dan kami yakin dengan sokongan rakan kongsi dan pemikiran rakyat Malaysia ia dapat dicapai,” kata Justin Tiew, Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menariknya, kerjasama itu bakal menyaksikan pengenalan teknologi dan inovasi motosikal elektrik…
Berita Global
Namun, ada beberapa masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengguna untuk beralih - saiznya yang…
Berita Global
Skuter Lavoie Series 1 ini direka oleh Ian Callum dan dihasilkan oleh Lavoie, salah satu unit di…