Walau bagaimanapun, sepertimana yang dimaklumkan, plaza tol tersebut masih ditutup sepenuhnya sehingga tengah malam ini bagi menyusun dan menyediakan semula peralatan operasi untuk persediaan pembukaan tol plaza.
Pengguna dari sekitar Shah Alam, Batu Tiga dan kawasan sekitar yang ingin memasuki lebuhraya ELITE untuk ke KLIA, Putrajaya atau selatan dinasihatkan supaya berbuat demikian menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield.