Antara model Proton yang sudah pun lama dihentikan produksinya disebabkan oleh kurang permintaan, namun harga jualan di pasaran terpakai yang masih liat untuk turun.
Jika anda mahu mencari unit terpakai yang agak murah, ini merupakan satu berita baik.

Laman Group Facebook Proton GTi owners UK menyenaraikan iklan Proton Arena 'GTi' berwarna kuning untuk dijual kepada umum.
Menurut pemiliknya Paul Atkinson, beliau mahu menjual trak ute yang lebih dikenali dengan nama Proton Jumbuck itu dengan harga sekitar £2500 sahaja (~RM14,626).

Antara modifikasi yang telah dibuat ialah menggantikan enjin asal dengan nadi Satria GTi 1.8 liter 16 injap (kuasa sekitar 140 hp), diikuti dengan kotak gear juga daripada Satria GTi, kit induksi Pipercross, manifold ekzos Hockley dan sistem ekzos kustom.
Yang paling mencuri tumpuan ialah kit badan Satria GTi yang dipadankan kemas pada Arena ini, diikuti dengan rim aloi Momo bersaiz 15 inci, lampu limpah, cermin dan mud flap gaya WRC, serta cab Truckman di bahagian belakang.

Sistem gantungan depan Arena yang asal telah digantikan dengan suspensi daripada model Evo.
Mahu mencuba nasib? Anda boleh terus menghubungi pemiliknya menerusi pautan INI.