Proton bakal gugurkan transmisi manual pada Persona MC2?

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita yang menarik datang dari pengeluar automotif tempatan, di mana Proton dikatakan akan menggugurkan penawaran transmisi manual untuk sedan segmen B Proton Persona.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada rakan media Wapcar.my, Persona MC2 (Minor Change 2) itu hanya akan ditawarkan dalam transmisi CVT sahaja, namun ia akan dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission) yang memberikan rasa pemanduan seperti menggunakan gear manual.


Difahamkan, fungsi SAT pada Proton Persona ini akan diaktifkan secara automatik dan bukannya macam Saga FLX yang perlu diaktifkan secara manual.

Beberapa gambar bocor yang terdahulu mencadangkan Proton Persona MC2 bakal menerima perubahan besar terutama pada bahagian ruang kabin yang tampaknya lebih mewah.

 


Antaranya adalah unit paparan infotainmen jenis terapung, unit kawalan iklim rekaan baharu, stereng berlogo baharu, perehat tangan, kemasan kulit pada tempat duduk serta panel pintu berwarna perang.

Bahagian luaran pula menampilkan penggunaan rim bersaiz 16 inci, lampu utama jenis LED, serta rekaan bampar hadapan dan belakang yang dikemaskini.

Sumber gambar: Automachi

Sumber: Wapcar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…