Proton berjaya hasilkan 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim

oleh Penyumbang Rencana|
Dalam tempoh 7 bulan semenjak unit pertama pemasangan enjin di Tanjung Malim, Proton meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI ke-10,000 pada 1 Disember yang lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pada masa yang sama, pada bulan November, Proton berjaya menghantar 11,316 unit kereta pada pelanggannya. Semenjak 2013, Proton turut berjaya mencapai angka jualan tahunan tertinggi iaitu dengan jumlah 126,682 unit setakat ini.

Hasil dari pelaburan proton sebanyak RM 1.8 billion untuk menaik taraf kemudahannya itu berjaya menghasilkan kilang pemasangan di Tanjung Malim untuk barisan enjin 1.5 TGDI atau GEP3, ianya selaras dengan teras strategik program DRB-HICOM Automotive High Technology Valley (AHTV) yang bertujuan untuk meningkatkan pemasangan di rantau ini.

 

1.5 TGDI

 

Proton menyasarkan untuk menghasilkan 60,000 unit enjin pada 2023 bagi digunakan dalam pelbagai model Proton, mungkin juga jumlah ini melibatkan penghasilan enjin 1.5 turbo 3 silinder tanpa GDI bagi model yang dikhabarkan bakal dilancarkan pada 2023 iaitu X90 dan pengganti Preve iaitu S50.

Kejayaan projek ini adalah hasil dari usaha pasukan jurutera Proton yang menempatkan diri dan memulakan pemasangan di Tanjung Malim, ia juga hasil kerjasama dari pasukan pembekal komponen dan Geely di China.

 

Dr Li

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, “Barisan enjin baharu Proton adalah bukti ketabahan dan keazaman pekerja kami untuk mengatasi halangan dan mencapai matlamat kami."

"Ia adalah salah satu barisan pemasangan enjin paling maju di Malaysia dengan tahap automasi yang tinggi, persekitaran terkawal iklim dan pelbagai gerbang ujian untuk memastikan kualiti pengeluarannya. Pada 2023 kami menyasarkan pengeluaran 60,000 enjin, yang akan digunakan merentasi beberapa model Proton”.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…