Proton catat angka jualan 114,708 unit tahun 2021, tertinggi sejak 2014

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat kereta nasional Proton mengakhiri tahun 2021 dengan prestasi jualan yang memberangsangkan, dengan 114,708 unit terjual (termasuk pasaran eksport), atau peningkatan sebanyak 4.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan sebanyak 2.0 peratus berbanding tahun 2020, sekaligus mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

Dari segi jualan, Proton X50 dinobatkan sebagai SUV paling laris di Malaysia dengan jumlah jualan hampir 40 peratus, dengan 28,774 unit terjual yang merupakan jumlah tertinggi di dalam segmen SUV.

Sementara Proton X70 pula mencatatkan jualan 16,735 unit membolehkannya mendahului kelas SUV segmen C dan menduduki tangga ketiga bagi jualan SUV keseluruhan.

Model sedan yang paling laris, Proton Saga berjaya dijual sebanyak 42,627 unit, diikuti dengan Proton Persona (16,153 unit), Proton Iriz (6,708 unit), dan Proton Exora (554 unit).

Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, "tahun 2021 agak sukar bagi industri automotif secara keseluruhan, bermula dari krisis bekalan cip di peringkat global, peningkatan kes COVID-19, pelaksanaan PKP serta pelbagai cabaran yang perlu diatasi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan beberapa laporan, smart #1 versi pantas itu bakal mendapat talaan rasmi daripada Brabus…
Berita Global
Model #1 juga merupakan model pertama smart yang dilancarkan sejak Geely menguasai 50 peratus…
Berita Global
  Selepas pengenalan, pengguna yang berminat boleh menggambarkan bagaimana smart #1 berada di…