Proton Commerce catat rekod baru tahun 2022, peningkatan 54% berbanding tahun 2021

oleh Danial Yasin Suhaimi|

2022 telah menjadi satu lagi tahun yang baik buat Proton setelah mencatat jualan tertinggi sejak 2013 iaitu sebanyak 141,432 unit kereta terjual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain jualan kereta, salah satu anak syarikatnya, Proton Commerce Sdn Bhd (Proton Commerce) yang merupakan cabang pinjaman kewangan Proton turut mencatatkan rekod baru bagi pengeluaran pinjaman.

Proton Commerce telah ditubuhkan pada 27 Oktober 2003 melalui kerjasama Proton Edar dan CIMB bertujuan untuk menyediakan pinjaman kewangan kepada pembeli Proton.

 

2

 

Untuk tahun 2022, Proton Commerce telah mencatatkan pertumbuhan volum sebanyak 54% berbanding tahun 2021, iaitu sebanyak 22,467 pinjaman telah dikeluarkan kepada pembeli Proton.

Pada masa yang sama, perkembangan jumlah pengeluaran dicerminkan dengan peningkatan dalam kadar kelulusan pinjaman di mana bulan Mei dan Jun mencapai kadar kelulusan tertinggi sepanjang masa sebanyak 59%.

Selain peningkatan tersebut, Proton Commerce turut mencatat kejayaan dengan menjadi pembiaya utama untuk model Proton Saga.

 

3

 

Sejak suku keempat 2021, Proton Commerce telah menjadi peneraju pasaran untuk model Saga selama lima suku berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Commerce, Mooi Fi Phang berkata, “Proton menghadapi permulaan yang sukar bagi tahun 2022 dan ini memberi kesan kepada Proton Commerce."

"Walau bagaimanapun, kami sempat memulihkan keadaan dan menebus semula peluang yang terlepas untuk muncul dengan rekod pengeluaran baharu."

 

4

 

"Untuk tahun 2023, kami menyasarkan untuk meningkatkan volum dan kadar kelulusan yang lebih tinggi lagi dengan mengambil kesempatan terhadap populariti berterusan model Proton serta pengenalan model baharu. Semoga ini akan mendorong kami untuk pembiaya Proton yang utama,”

Untuk tahun 2023, Proton Commerce telah mengumumkan manfaat baharu untuk pelanggannya, dimana kesahihan Letter Of Undertaking (LOU) yang dikeluarkan akan dilanjutkan daripada 90 hari kepada 180 hari.

Manfaat yang akan berkuat kuasa serta-merta tersebut bakal memudahkan pembeli model Proton menghadapi masa menunggu lama untuk model dan varian pilihan mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…