EV PROTON e.MAS 7 akan muncul dengan motif penyamaran khas mewakili warna Jalur Gemilang, sebagai sebahagian daripada kontinjen 25 kereta yang menampilkan pelbagai model Proton.
Selain penampilannya di perarakan, aktiviti pengujian dan penyesuaian iklim untuk PROTON e.MAS 7 telah semakin giat dijalankan selepas debut medianya.
Kereta ujian yang disamarkan sering kali dilihat oleh orang ramai kerana program pengujian ketahanan, pengecasan, pemanduan, dan perisian terus dijalankan untuk memastikan EV nasional pertama Malaysia memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan masa depannya.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata “Kami telah mengambil keputusan untuk menyertakan PROTON e.MAS 7 dalam barisan perarakan kami walaupun ia belum dilancarkan, untuk membolehkan orang awam melihat model EV pertama syarikat dengan lebih dekat.
“Oleh kerana model ini bukan kenderaan pengeluaran akhir, ia akan dipamerkan dengan menggunakan motif penyamaran, tetapi dalam semangat Hari Kebangsaan, kami telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia," tambahnya.