Proton e.MAS 7 dipamerkan dalam corak pelekat pembalut kereta khas yang diinspirasi daripada warna pada Jalur Gemilang.
Sambutan Hari Kemerdekaan adalah penampilan awam pertama Proton e.MAS 7 disambut dengan penuh keterujaan dan sorakan daripada ribuan penonton yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 yang diadakan di Putrajaya.
Perjalanan Proton e.MAS 7 bermula apabila model EV pertama jenama ini telah dipratontonkan kepada media 2 Ogos lalu, ia juga menandakan sebuah permulaan perjalanan yang akan berakhir dengan pelancaran rasmi model Proton e.MAS 7 pada akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhan Qiang meluahkan “Saya amat berbangga dengan penampilan Proton e.MAS 7 di Perarakan Hari Kemerdekaan ini, di mana ia benar-benar memikat hati dan perhatian orang ramai.
“Respons bersemangat daripada penonton menunjukkan sokongan jitu terhadap visi kami untuk mobiliti dan inovasi yang lestari.” tambahnya.
Beliau turut berpendapat, penampilan ini bukan sahaja menunjukkan dedikasi terhadap kecemerlangan inovasi tetapi juga mengukuhkan hubungan dengan rakyat Malaysia.
Ia menjadikannya satu pencapaian yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan PRO-NET menuju masa depan yang lebih lestari.
Semasa perarakan berlangsung, Proton e.MAS mengajak orang ramai untuk menyertai kempen Merdeka yang sangat interaktif bertajuk “Your Proton e.MAS 7 Dream” untuk berkongsi pengalaman, inspirasi dan visi mereka demi masa depan yang lestari.
Respon yang menggalakan dari rakyat malaysia menunjukkan keterujaan dan kegembiraan mereka terhadap Proton EV yang baharu.
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 ini, Proton e.MAS mengadakan Kempen Kemerdekaan yang menawarkan peluang untuk memenangi kredit e-Wallet TnG sebanyak RM67 kepada 15 peserta untuk komen paling kreatif di laman Facebook atau Instagram Proton e.MAS.
Pertandingan ini berlangsung dari 31 Ogos hingga 16 September 2024, dan para pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2024 melalui media sosial Proton e.MAS.
Untuk menyertai kempen ini, ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Ikuti halaman rasmi kami “Proton e.MAS Cars” di Facebook atau “@protonemasofficial” di Instagram dan tekan butang like pada pos “Your Proton e.MAS 7 Dream”!
Langkah 2: Komen dengan cara yang paling kreatif dan memberi inspirasi untuk melengkapkan ayat: “Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik nasional pertama adalah ___.”
Langkah 3: Tag 3 rakan anda dan kongsi pos ini serta jangan lupa letak slogan #eMAS7Merdeka
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Media Sosial Merdeka “Your Proton e.MAS 7 Dream”, sila baca Terma dan Syarat di sini.