Proton Gen2 sarat muatan petrol, diesel seludup ditinggalkan tepi jalan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang penyeludup sanggup cabut lari meninggalkan kereta jenis Proton Gen2 yang digunakan untuk membawa muatan petrol dan diesel seludup.

Laporan Kosmo menyebut, Proton Gen2 itu membawa muatan 840 liter diesel dan 210 liter petrol bernilai RM2,236 yang ditemui di tepi jalan dekat Kampung Telaga Bata.

Kereta tersebut ditinggalkan kira-kira jam 11 pagi semasa anggota polis membuat rondaan di kawasan tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, semasa menjalankan rondaan, anggota polis melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota bertugas terus menjalankan serbuan terhadap kereta itu sebelum suspek bertindak meninggalkan kereta dipandunya.

“Suspek sempat melarikan diri dan pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sebanyak 840 liter diesel dan 210 liter petrol yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2,236.

"Pihak polis kemudiannya menyerahkan barang rampasan itu kepada KPDN untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Domestik
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…