Proton Iriz facelift terima rupa bentuk baharu, ciri arahan suara

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang kita semua maklum, hatchback segmen B, Proton Iriz telah diberikan nafas baharu dan gambar-gambar rasmi Proton Iriz facelift ini telah pun diterbitkan. 

Ia merupakan model pertama daripada rangkaian model sedia ada Proton yang menerima sentuhan daripada Geely. 
 


Antara perubahan ketara yang boleh dikesan ialah penggunaan lampu yang dipinjamkan secara terus daripada Proton Persona, selain penampilan gril Ethereal Bow yang dipertontonkan semasa pelancaran Proton X70.

Rekaan bumper juga turut diubah dengan corak Infinite Weave pada gril radiator dan lampu nyalaan siang jenis LED yang juga diberikan penampilan baharu.


Di bahagian belakang pula, identiti korporat Proton diteruskan dengan penampilan perkataan PROTON bagi menggantikan logo pada model terdahulu. 

Rekaan bumper belakang juga turut diubah bagi memberikan impresi kereta yang lebih lebar dan sporty, manakala ruang arca roda pula menerima rekaan rim serba baharu.
 


Setelah pelancaran Proton X70, Proton Iriz facelift ini merupakan model pertama Proton yang menerima ciri arahan suara, dibangunkan oleh Proton dan ECARX, selain menawarkan ciri sambungan kepada internet. 

Maklumat lanjut berkenaan Proton Iriz ini akan didedahkan dalam masa terdekat. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
50 unit Iriz tersebut telah diubah suai oleh syarikat ACE yang merupakan salah satu anak syarikat…
Berita Domestik
Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan sebanyak 87,481 unit kenderaan…