Proton Iswara 1994 masih cemerlang selepas 10 tahun diselubung dalam bangsal!

oleh Mohamad Hanif|
Sejak kebelakangan ini, minat terhadap kereta-kereta Proton era 80-an dan 90-an kembali meningkat setelah tersebarnya berita kemenangan Proton Saga Black Knight 1989 menerusi anugerah Concours de I'Ordinaire pada acara Hagerty Festival of Unexceptional 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah saluran YouTube Furious Driving baru-baru ini memuat naik penemuan bangsal (barn finding) sebuah Proton Saga 1994 (Proton Iswara) yang masih lagi terjaga dan kondisi yang masih cemerlang.

Menurut keterangan, Proton Saga 1994 itu dikatakan sudah 10 tahun disimpan dengan rapi dalam bangsal yang gelap gelita tanpa sebarang kehadiran cahaya memasuki ruang tersebut.
 

Saga


Meskipun lebih sedekad tersimpan ditambah pula dengan kesan debu dan habuk, kereta tersebut masih lagi berada dalam keadaan sempurna dan masih nampak baharu.

Menurut spesifikasi, Proton Saga 1994 yang dipasarkan di UK pada ketika itu tidak datang dengan enjin karburetor, sebaliknya enjin 4G15 berkapasiti 1.5 liter itu didatangkan dengan sistem suntikan bahan api elektronik, serta rekaan papan pemuka dan roda stereng yang menyamai model Mitsubishi Lancer Fiore.

Semakan pada odometer mendapati jarak perbatuan kereta ini hanyalah sekitar 10,724 batu, atau 17,259 km!
 

Saga


Hasil cubaan awal untuk menghidupkan kereta itu tidak berjaya walaupun bateri sudah diberikan bantuan unit jumper, namun enjin 'purba' itu berjaya dihidupkan dengan sekali cubaan setelah unit bateri baharu digunakan.

Menurut Matt Richardson dari saluran Youtube Furious Driving, kereta Proton Saga 1994 ini sebenarnya sudah pun dijual kepada Stephanie Holloway dari saluran Youtube Idriveaclassic, di mana pemilik baharu itu turun sendiri untuk melihat 'upacara' menghidupkan kembali kereta ini setelah 10 tahun terbiar.

Tambah beliau lagi, pada mulanya kereta tersebut hampir dihantar untuk dilupuskan oleh pemilik asal yang mahu membersihkan ruang tersebut, sebelum timbul cadangan untuk menjualnya disebabkan kondisi kereta yang masih lagi elok.
 

Saga

Video penuh boleh disaksikan pada pautan di bawah: